Tiga laluan sekitar Dataran Pehin Setia Raja ditutup sempena SKS 2026 Bahagian Mukah

7 hours ago 9
ADVERTISE HERE

MUKAH, 27 Sept: Tiga laluan berhampiran Dataran Pehin Setia Raja di sini akan ditutup bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Polis Muhamad Rizal Alias berkata, penutupan membabitkan Jalan Setia 1, simpang Jalan Ceria dan simpang Bulatan Jalan Wawasan.

Katanya, penutupan bermulai jam 10 malam sebelum program dan berakhir pada jam 6 petang, 4 Oktober ini.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengawal aliran trafik selain menjamin keselamatan orang ramai sepanjang program berlangsung.

“Jumlah pengunjung dijangka mencecah 10,000 orang pada satu-satu masa, justeru kawalan pergerakan kenderaan perlu diberi keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan atau lokasi yang boleh menghalang pergerakan trafik dan kenderaan kecemasan.

Beberapa kawasan parkir alternatif disediakan, termasuk di Menara Pehin Setia Raja, Pejabat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Mukah, Masjid Setia Raja serta kawasan komersial berdekatan.

Pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan petugas keselamatan, papan tanda serta menggunakan laluan alternatif yang ditetapkan bagi memastikan trafik kekal lancar sepanjang tempoh penutupan. – TVS

Read Entire Article