Tiket penerbangan mahal ketika perayaan, kerajaan cadang beri insentif

1 year ago 114
ADVERTISE HERE

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata antara faktor tiket penerbangan mahal adalah kejatuhan nilai ringgit.

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata inisiatif FLYsiswa yang membantu pelajar Sabah, Sarawak pulang ke kampung halaman mereka juga akan diteruskan pada tahun depan. (Gambar Bernama)

KUCHING: Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan insentif bagi mengatasi isu harga tiket penerbangan yang tinggi ketika musim perayaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata kerajaan memahami keluhan rakyat dalam isu itu setiap kali musim perayaan terutamanya bagi mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

“Kita faham buat masa ini harga tiket penerbangan tinggi dan antara faktor peningkatan ini adalah forex (kejatuhan nilai ringgit) yang memberi kesan kepada harga minyak kapal terbang dan sebagainya.

“(Antara solusi boleh dilaksanakan) Kita akan memberikan insentif yang dapat disediakan semasa musim perayaan untuk menangani isu ini,” katanya selepas merasmikan majlis Pengoperasian Radar Trafik Udara.

Hasbi berkata inisiatif FLYsiswa juga akan diteruskan pada tahun depan untuk membantu pelajar pulang ke kampung halaman mereka.

Dalam Belanjawan 2024 bertemakan “Reformasi Ekonomi, Perkasa Rakyat” yang dibentang Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa diteruskan pada tahun hadapan yang akan dinikmati hampir 60,000 penuntut daripada keluarga kurang berkemampuan khususnya dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

Tags

penerbanganSabahSarawaktiket

Related news

Read Entire Article