TVS raih 10 pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026

56 minutes ago 3
ADVERTISE HERE

KUCHING, 19 September: TV Sarawak (TVS) meraih 10 pencalonan pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026, membabitkan tiga pencalonan individu dan tujuh program televisyen dalam pelbagai kategori.

Pencalonan itu mengiktiraf karya serta bakat TVS menerusi kategori Laporan Khas Berita TV Terbaik, Bicarawara TV Terbaik, Animasi Tempatan TV Terbaik, Komedi TV Terbaik, Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik dan Pengimbangan Muzik TV Terbaik.

Bagi kategori Laporan Khas Berita TV Terbaik, tiga wartawan TVS tercalon menerusi laporan masing-masing, iaitu Amirah Syazwani Syawel menerusi “Snek Kudapan Midin Inovasi Produk Hiliran”, Febbright Ansie James @ Tuba menerusi “Kerana Kerakusan Manusia, Hidupan Liar Terancam” dan Muhammad Hafeezzur Rahman Muzamir menerusi “Emas Hitam, Pengikat Kehidupan”.

TVS turut menerima pencalonan bagi kategori Bicarawara TV Terbaik menerusi “Dialog TVS: Ligatnya Scammer” terbitan Khairunnisa Kasnoon.

Sementara itu, tiga karya TVS tercalon dalam kategori Animasi Tempatan TV Terbaik, iaitu “Kumang and the Ungrateful Python” dan “Majau: The Harvest Tale” karya Khiu Siaw Fong serta “Lauk Ka Indai” terbitan Amirul Afiq Hussain.

Tiga lagi pencalonan melibatkan “Ro Bin Hud” oleh Ain Suhada Ahmad bagi kategori Komedi TV Terbaik, “Ready, Set, Go Kids!” oleh Wan Sariah Wan Ja’afar bagi kategori Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik serta “Konsert MeLETOP TVS” oleh Norazri Akhirri bagi kategori Pengimbangan Muzik TV Terbaik.

ASA 2026, edisi ke-37 anjuran Kementerian Komunikasi, mengangkat tema “Segalanya Bermula Di Sini” sebagai platform pengiktirafan terhadap kecemerlangan industri media penyiaran negara.  – TVS

Read Entire Article