Video tular: Polis sahkan terima laporan Mohammad Agus

1 year ago 95
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan rakaman perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang pegawainya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan itu dibuat Mohammad Agus di Balai Polis Kajang pagi tadi.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam ini.

Hussein berkata pihaknya akan memanggil beberapa individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi dekat sini hari ini mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. - Bernama

Read Entire Article