Wanita 38 Tahun Pilih Duduk Di Rumah Jagaan Orang Tua Untuk 'Healing' Selepas Jatuh Sakit

3 months ago 41
ADVERTISE HERE

Difahamkan, dia sebelum ini bekerja sebagai penulis skrip dalam industri televisyen dan filem selama 11 tahun.

Cover image via Oddity Central

Seorang wanita di China menjadi perhatian ramai selepas dia memilih untuk menetap di rumah jagaan warga emas

Menerusi laporan Oddity Central, wanita yang sebagai Yang, 38 tahun itu sebelum ini bekerja sebagai penulis skrip dalam industri televisyen dan filem selama 11 tahun.

Namun, oleh kerana jadual kerja dan gaya hidup terlalu sibuk menyebabkan kesihatannya merosot dan dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit.

Doktor kemudian menasihatkannya supaya berehat dan hidup bertenang. Situasi berkenaan telah membuatkan Yang memilih untuk tinggal di rumah jagaan warga tua Yisenlin di Bandar Jilin.

"Terdapat dua sebab mengapa saya memilih rumah jagaan warga emas berbanding hotel. Pertama, saya ingin tahu mengenai premis berkenaan dan mahu melihat sendiri keadaannya.

"Sebab kedua adalah kerana saya sakit dan berharap mempunyai tempat untuk mendapatkan rehat secukupnya, akses penjagaan kesihatan dan makan makanan sihat," kata Yang yang tinggal sebatang kara.

Dia telah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran di rumah sementaranya itu dan menikmati hari-harinya dengan membaca, menulis dan bercakap dengan penduduk lain.

Malah, selepas menghabiskan masa selama tiga bulan di rumah jagaan dan hidup dikelilingi warga emas berusia sehingga 102 tahun, Yang mengaku dia akhirnya melihat kehidupan dalam perspektif baharu.

Buat masa ini, dia masih menikmati kedamaian dan ketenangan di rumah jagaan tersebut dan sedang membantu salah seorang warga emas di sana menulis memoirnya. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama, jadi dia tidak bercadang untuk pergi dalam masa terdekat.

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read Entire Article