ADVERTISE HERE
KUCHING, 25 Sept: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun yang dikhuatiri sesat di kawasan hutan Kampung Stabut di sini hari ini ditemui selamat di rumahnya.
Mangsa, Martin Sirip dilaporkan dikhuatiri sesat sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi pada jam 10.53 pagi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, seramai lapan anggota bomba terlibat dalam pencarian.
“Setibanya di lokasi, Komander Operasi PBK II Edi aGuang mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung berkaitan kedudukan mangsa.
“Bagaimanapun, mangsa kembali ke rumah sendiri dan ditemui dalam keadaan selamat pada jam 11.23 pagi,” kata kenyataan itu.
Pasukan bomba kemudian memastikan keadaan mangsa selamat sebelum menamatkan operasi dan berangkat pulang ke balai pada jam 11.47 pagi.
Operasi turut disertai empat anggota polis masing-masing dua dari IPD Padawan dan dua dari Balai Polis Tapah.-TVS

52 minutes ago
5








English (US) ·