1,062 peserta terima lesen motosikal B2 di Daro

15 minutes ago 10
ADVERTISE HERE

DARO, 26 Sept: Seramai 1,062 peserta berjaya memperoleh Lesen Memandu Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu B2 anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Daro yang dilaksanakan sejak akhir Jun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, kesemua peserta terbabit melalui proses pemilihan, latihan dan ujian yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum layak menerima lesen.

“Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama JPJ Sarawak, khususnya JPJ Cawangan Mukah, Pejabat Pusat Khidmat N.43 Daro, Pejabat Daerah Daro, Akademi Memandu Setria Sdn. Bhd. serta agensi kerajaan dan swasta yang terlibat,” pada Majlis Penyerahan Lesen Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) Kelas B2 Tahun 2026 anjuran DUN N.43 Daro, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, pemilikan lesen bukan sekadar memberi kebenaran untuk menunggang motosikal, malah membawa tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang serta mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Jangan sesekali gunakan lesen ini untuk terlibat dalam kegiatan lumba haram, samseng jalanan atau aksi berbahaya yang boleh mengancam nyawa,” katanya.

Beliau turut mengingatkan peserta supaya menggunakan kemudahan berkenaan bagi tujuan bermanfaat seperti ke tempat kerja, mencari rezeki serta membantu keluarga, termasuk menghantar ibu bapa mendapatkan rawatan apabila diperlukan

Dr Safiee berkata, usaha kerajaan menyediakan kemudahan mendapatkan lesen secara sah perlu disokong dengan sikap bertanggungjawab, berdisiplin dan berhemah ketika berada di jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan.

“Jadilah penunggang yang matang, sentiasa menghormati peraturan dan pengguna jalan raya lain kerana keselamatan adalah tanggungjawab bersama,” katanya. -TVS

Read Entire Article