AIM di Sarawak buka pentas lebih luas – Nie Ching

2 days ago 18
ADVERTISE HERE

KULAI, 27 Sept: Kementerian Komunikasi komited memberi sokongan kepada lebih ramai artis dari Borneo untuk terus menyerlah dalam industri muzik tanah air.

Timbalan menterinya, Teo Nie Ching berkata perkara itu dibuktikan menerusi penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) buat kali pertama di Kuching Sarawak pada Sabtu.

Jelas beliau, perkembangan itu amat menggalakkan dan mengukuhkan usaha kerajaan menyokong industri muzik tempatan pada geografi yang lebih meluas.

“Pemilihan Sarawak sebagai lokasi penganjuran AIM25 membuktikan acara hiburan berskala besar tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur, sebaliknya turut memberi ruang kepada negeri lain.

“Kita satu Malaysia, Sebelum ini banyak acara seperti ini hanya dibuat di Kuala Lumpur, kali ini kita buat di Sarawak.

“Saya rasa ini amat menggalakkan dan berharap artis dari Borneo akan mendapat lebih banyak perhatian serta peluang untuk menyerlah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Tayangan Filem Khas @ Terbang di GSC IOI Mall Kulai, di sini, hari ini.

Tambah Nie Ching, penganjuran AIM25 bukan sekadar meraikan pencapaian penggiat seni tempatan, malah membuka peluang memperkenalkan kepelbagaian bakat muzik dari Sabah dan Sarawak kepada khalayak lebih luas. -TVS.

Read Entire Article