ADVERTISE HERE
KUCHING, 27 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anaknya, Dayang Norjihan, menghadiri malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini.
Abang Johari tiba pada jam 9.30 malam dan disambut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang serta barisan kenamaan lain.
Beliau kemudiannya memasuki dewan pada jam 10.20 malam bagi menyaksikan penganjuran AIM25 yang julung kali berlangsung di Sarawak.
Pada majlis berkenaan, Abang Johari menyampaikan Anugerah Lagu Borneo Terbaik kepada Mawat menerusi lagu Dayang Bintang.
Kemenangan itu menyaksikan Mawat melakar sejarah sebagai penerima sulung kategori berkenaan yang diperkenalkan pada edisi AIM25.
Penganjuran anugerah muzik berprestij itu di Sarawak turut menghimpunkan penggiat industri muzik tanah air bagi meraikan karya dan pencapaian seni, termasuk bakat muzik dari Borneo.-TVS

8 minutes ago
2








English (US) ·