AIM25: Siti Nurhaliza rangkul Vokal Wanita Terbaik menerusi Kesuma

19 minutes ago 5
ADVERTISE HERE

KUCHING, 27 Sept: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza merangkul Anugerah Vokal Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menerusi lagu Kesuma.

Kemenangan itu menyaksikan Siti Nurhaliza menewaskan empat calon lain iaitu Aisha Retno, Liza Hanim, Shila Amzah dan Marsha Milan.

Lagu Kesuma yang dilancarkan pada 2025 diterbitkan oleh SN Legacy, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia.

Dalam kategori Vokal Lelaki Terbaik, Arddley Nicholas muncul pemenang menerusi lagu Sandiwara Cinta, menewaskan Ryenald Guntabid, Hazama, Pasya dan Syamel.

Sementara itu, kumpulan Inteam merangkul Anugerah Vokal Kumpulan Terbaik menerusi lagu Satukan Kami di Syurga.

Anugerah Kugiran Terbaik pula menjadi milik Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Amir Masdi menerusi lagu Mahkota.

Hael Husaini dan Nadeera turut mencipta kejayaan apabila memenangi Anugerah Duo Terbaik menerusi lagu Peluk.-TVS

Read Entire Article