Bot tunda, tongkang bawa batu ditahan di Zon Maritim Bintulu

9 months ago 89
ADVERTISE HERE
Bot yang ditahan dalam operasi tersebut.

BINTULU, 24 Jan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda dan tongkang sedang melakukan aktiviti pemindahan muatan yang disyaki membawa batu pada jarak lebih kurang 2.9 batu nautika dari Barat Kuala Kemena, sekitar jam 4.00 petang, Isnin lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Iszuadi Mohamad Hassan berkata, bot tunda dan tongkang tersebut telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu tidak memaklumkan secara bertulis kepada pendaftar kapal berhubung pertukaran nama pemilik atau nakhoda.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, enam kru termasuk nakhoda kesemuanya ialah lelaki warga tempatan dan warga India dalam lingkungan umur 21 hingga 56 tahun berada di atas bot tunda terbabit.

“Kesemua kru yang diperiksa, mempunyai permit kerja berdaftar di atas vesel yang sah.

“Terdapat muatan disyaki batu ditemukan di atas tongkang semasa pemeriksaan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua kru beserta bot tunda dan tongkang ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 yang memperuntukan hukuman denda jika sabit kesalahan.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kepada semua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang aduan dan maklumat serta insiden yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254, Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 untuk maklum balas segera. — DayakDaily

Read Entire Article