ADVERTISE HERE
KUCHING, 3 Ogos: Buku ‘Sarawak Women in Innovation and Technology’ menceritakan pencapaian 26 tokoh wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, mereka adalah dari bidang mekanikel, kimia, persekitaran, aeroangkasa, kejuruteraan bioproses, pemproses dan teknoogi makanan.
Buku juga mengisahkan kejayaan wanita dalam bidang sains komputer, matematik, pertanian dan pendidikan khas.
“Semoga majlis pelancaran buku hari ini menjadi titik permulaan yang signifikan bagi mengiktiraf pencapaian wanita Sarawak dalam bidang inovasi dan teknologi.
“Kami berharap acara ini akan terus memupuk semangat wanita untuk mencapai kejayaan yang gemilang di masa hadapan, serta menggalakkan mereka untuk terus menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negeri dan negara yang lebih cemerlang,” kata Fatimah.
Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Buku ‘Sarawak Women in Innovation and Technology’ di Kuching hari ini.
Dalam pada itu, Fatimah berharap semoga usaha penerbitan buku sebegini akan senantiasa mendapat sokongan berterusan daripada semua pihak.
Katanya ia demi memartabatkan pencapaian serta sumbangan wanita Sarawak dalam pembangunan. — DayakDaily