ADVERTISE HERE
Fraidden pingat emas kedua peribadi di Para Sukma 2024 menerusi acara 100M gaya kuak lentang lelaki S10. Foto: TVSOleh Chris Bishop
KUCHING, 23 Sept: Atlet para renang Sarawak Fraidden Dewan meraih pingat emas kedua peribadi setelah memenangi acara renang 100M gaya kuak lentang lelaki S10 pagi tadi.
Pada perlumbaan di Pusat Akuatik Pandalela Rinong, Fraidden mencatatkan masa 1:22:40.
Pingat perak diraih atlet para renang Mohd Azmin Kamarulzaman dari Melaka dengan catatan 1:46:56.
Manakala pingat gangsa milik atlet para Pulau Pinang Muhammad Nafis dengan masa 1:53:91.
Terdahulu pagi tadi, Fraidden menang pingat emas dalam acara 100M gaya kuak dada lelaki SB9. — DayakDaily




English (US) ·