Ikuti Kisah Tiga Gadis Dengan Ribuan Angan-Angan! Kerana Setiap Kita Pasti Pernah Berangan

1 month ago 19
ADVERTISE HERE

Belajar part-time, berangan full-time.

Cover image via Tonton

Kata orang, "berangan itu free!". Siapa yang tidak pernah bermimpi tinggi bukan?

Bersiaplah untuk berhibur dengan kisah tiga sahabat karib - Mila, Fida, dan Jue yang mempunyai satu persamaan iaitu suka berangan-angan! 

Siapa sangka, sambil mengemas rumah orang, tiga gadis ini sibuk membayangkan diri jadi CEO syarikat besar! 

Yup, itulah dunia penuh warna-warni dari ‘Gadis dan Angan-Angan’, drama terbaru di slot Lestary TV3 bermula 28 September 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. 

Untuk penonton yang ingin menonton lebih awal, episod baharu boleh strim 24 jam lebih awal melalui Tonton.

Selami dunia penuh warna tiga gadis yang berangan setinggi langit tapi realitinya mereka sentiasa bergelut dengan kehidupan setiap hari

Mereka membuktikan bahawa angan-angan tidak mengenal status dan usia! Bersedialah untuk menonton drama terbaru ini yang bakal membuat anda tak kering gusi sambil tertanya-tanya, apa pula angan-angan seterusnya?

Membawakan gabungan komedi santai dan tema remaja, ‘Gadis dan Angan-Angan’ menyatukan tiga bintang muda berbakat besar, Riena Diana, Bella Dowanna dan Arena Wan.

Mereka menghidupkan watak tiga gadis sekolah, Mila (Riena Diana), Fida (Arena Wan), dan Jue (Bella Dowanna), yang terkenal dengan gelaran ‘Gadis Jenin’ kerana imaginasi mereka yang tidak terbatas. 

Ketiga-tiga gadis ini bukan hanya berangan kosong. Walaupun mereka masih pelajar tingkatan enam, mereka juga bekerja ‘part-time’ sebagai cleaner selepas sekolah untuk menampung dan membantu keperluan hidup keluarga. 

Hidup mereka penuh liku, tapi itu tidak menghalang mereka daripada berimaginasi tentang masa depan yang lebih cerah, seolah-olah setiap babak kehidupan adalah skrip filem mereka sendiri!

Dari detektif ke selebriti, cita-cita mereka melangkaui logik dan akal! Bayangkan saja, sambil berborak di dalam kelas pada waktu sekolah, mereka sibuk berangan jadi detektif terkenal yang memecahkan misteri dunia. Atau, saat sedang mengelap cermin, mereka membayangkan diri sebagai doktor bedah yang menyelamatkan nyawa. Sungguh kreatif, bukan?

Sebagai anak sulung dalam keluarga masing-masing dengan bilangan adik-beradik yang ramai, mereka tekun menjalankan tugas sambil memasang impian mengharapkan suatu hari nanti segala usaha mereka akan membuahkan hasil.

Kisah mereka bertiga bermula apabila percintaan mereka dibangku sekolah hancur apabila kekasih masing-masing melanjutkan pengajian dan menemui cinta baru. 

Walaupun patah hati, Mila, Fida dan Jue terus bangkit dan tidak membiarkan kekecewaan menjadi penghalang. Mereka tetap ceria dan berjaya menamatkan peperiksaan STPM bersama-sama, meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan sambil bekerja sambilan.

Keputusan STPM mereka menjadi satu misteri besar, di mana masing-masing merahsiakan keputusan kerana tidak mahu yang lain kecewa. 

Oleh itu, mereka berpura-pura tidak cemerlang dan menyalahkan kekangan masa antara belajar dan kerja sambilan sebagai alasan. 

Walhal, dalam diam, mereka memohon ke universiti pilihan mereka tanpa pengetahuan masing-masing. Kejutan besar berlaku apabila mereka bertemu pada hari pendaftaran universiti. 

Jadi, adakah kejayaan ini membawa kegembiraan atau adakah ia membuka tirai kepada rahsia yang lebih besar yang akan menguji kekuatan persahabatan mereka?

Dengan plot jalan cerita yang ringan dan pelbagai telatah mencuit hati, setiap episod pasti akan membuat penonton tertanya-tanya lanjutan kisah mereka. Selain menghibur, ‘Gadis dan Angan-Angan’ juga menyisipkan pesanan tentang pentingnya pendidikan, kegigihan, dan persahabatan.

'Gadis Dan Angan-Angan' turut menampilkan barisan pelakon hebat lain Didie Alias, Ashraf Muslim, Bell Ngasri, Ozlynn, Azlee Khairi, Azrul Zaidi, Nadiya Nisaa, Amyza Aznan, Aleza Shadan dan ramai lagi

Dalam pada itu, menurut Riena Diana, membawa watak Mila dalam 'Gadis Dan Angan-Angan' sangat bermakna buat dirinya.

"Sebagai anak sulung, saya merasai setiap lapisan emosi Mila secara peribadi. Dia bukan sekadar gadis yang berani mengejar impian di tengah kesukaran, tetapi juga simbol kekuatan dan ketahanan yang sukar ditemui dalam watak remaja.

"Setiap cabaran, kesedihan, dan harapan yang dilalui Mila, serta tanggungjawab berat yang dipikulnya, seolah-olah mencerminkan perjalanan saya sendiri sebagai anak sulung.

“Saya berharap drama ‘Gadis Dan Angan-Angan’ ini mendapat sambutan yang hebat. Walaupun ada elemen komedi, drama ini tetap mengangkat isu-isu penting yang pastinya memberi inspirasi mendalam pada penonton oleh kerana setiap episod memaparkan perjalanan hidup yang realistik, di mana kita semua pernah menghadapi kekecewaan dan berharap untuk masa depan yang lebih cerah," kongsinya.

Apakah kerjaya atau angan-angan mereka kali ini? Dari menjadi polis trafik hingga ke SPRM, doktor hingga hartawan kaya, setiap episod pasti buat anda tersenyum dengan pengajaran dan teladan yang tersirat di setiap angan-angan mereka!

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan komedi ringan yang menyentuh tentang kegigihan, impian dan keazaman anak muda dalam menghadapi realiti hidup. 

Saksikan sendiri bagaimana gadis-gadis ini menggunakan imaginasi untuk lari dari masalah, dan bagaimana mereka mengharungi kehidupan sebagai pelajar yang bekerja keras demi masa depan.

Jangan ketinggalan untuk menonton Gadis Dan Angan-Angan menerusi slot Lestary bermula 28 September 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam hanya di TV3. 

Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

You may be interested in:

Read Entire Article