ADVERTISE HERE
SIMUNJAN, 23 Sept: Usaha memperkukuh pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti di peringkat daerah terus diberi perhatian menerusi lawatan kerja Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Sarawak, SAC Roselina Daud ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan, hari ini.
Ketibaan beliau bersama delegasi disambut Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Rafhan Kepli bersama ketua-ketua bahagian, pegawai kanan dan ketua polis balai.
Lawatan kerja itu turut diisi dengan sesi taklimat dan amanat kepada warga IPD Simunjan, selain penyerahan Buku Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak dan Remaja (MESRA).
Modul berkenaan menjadi antara bahan rujukan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai jenayah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Selain itu, lawatan berkenaan menjadi platform memperkukuh hubungan kerja antara JPJKK Kontinjen Sarawak dan IPD Simunjan, khususnya dalam pelaksanaan tugas berkaitan pencegahan jenayah serta keselamatan komuniti.
Roselina turut menyampaikan panduan berkaitan pelaksanaan tugas kepada warga IPD Simunjan bagi memastikan usaha pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti dilaksanakan secara berterusan.
“Kerjasama antara JPJKK Kontinjen Sarawak dan IPD Simunjan akan terus dilaksanakan bagi memastikan usaha pencegahan jenayah serta keselamatan komuniti di daerah berkenaan kekal menjadi keutamaan,” katanya. – TVS

5 hours ago
5








English (US) ·