JPJ kesan kesalahan guna telefon ketika memandu

9 hours ago 3
ADVERTISE HERE

KUCHING, 28 Sept: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit FALCON melaksanakan Ops Patuh menerusi rondaan dan pemantauan di sekitar Bandaraya Kuching bagi meningkatkan pematuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan keselamatan.

Operasi berkenaan hari ini mengesan beberapa kesalahan, termasuk tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu serta menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, kesemua kesalahan yang dikesan telah diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“JPJ Sarawak memandang serius kesalahan penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan kegagalan memakai tali pinggang keledar kerana kedua-duanya boleh meningkatkan risiko kemalangan serta membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

“Sehubungan itu, semua pemandu diingatkan supaya memberikan tumpuan sepenuhnya ketika memandu, tidak menggunakan telefon bimbit serta memastikan tali pinggang keledar dipakai sebelum memulakan perjalanan,” kata kenyataan itu.

JPJ Sarawak akan terus melaksanakan rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran serta pematuhan terhadap peraturan jalan raya.

Langkah itu turut bertujuan memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan oleh semua pengguna jalan raya. -TVS

Read Entire Article