Mohamad Zainal terima kunjungan mantan Pengarah JSJ

9 hours ago 3
ADVERTISE HERE

KUCHING, 28 Sept: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menerima kunjungan hormat Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM Bukit Aman, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan di Bilik Tetamu PJP Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, pagi tadi.

Menurut kenyataan Polis Sarawak, kunjungan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan semasa dan mantan pegawai kanan PDRM.

“Pertemuan turut menjadi platform pertukaran pandangan berkaitan hala tuju pengurusan keselamatan serta strategi siasatan jenayah di peringkat nasional dan negeri.

“Dalam pertemuan itu, pengalaman luas Abd Jalil turut dikongsi khususnya berkaitan cabaran keselamatan, termasuk jenayah terancang dan jenayah siber,” kata kenyataan itu.

Perbincangan turut menyentuh usaha meningkatkan keberkesanan operasi kepolisan dalam menangani pelbagai bentuk ancaman jenayah.

Selain itu, pertemuan berkenaan memberi ruang kepada pengurusan PDRM Sarawak mendapatkan pandangan strategik berkaitan integriti, profesionalisme dan keberkesanan pasukan dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan awam. -TVS

Read Entire Article