JPLS beri penerangan SPEKS, bantuan akuakultur kepada pengunjung Agrofest 2026

1 day ago 10
ADVERTISE HERE

BINTULU, 28 Sept: Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) menerusi Sesi Randau: Taklimat SPEKS Bantuan Akuakultur memberi penerangan berkaitan program bantuan dan khidmat sokongan kepada orang ramai di Laman Ikan JPLS sempena Agrofest 2026.

Sesi berkenaan bertujuan memberikan pemahaman lebih jelas kepada masyarakat, khususnya pengusaha dan bakal pengusaha akuakultur mengenai pelaksanaan SPEKS serta bentuk bantuan yang disediakan JPLS.

Taklimat disampaikan Ketua Cawangan Akuakultur JPLS yang menerangkan kemudahan, khidmat nasihat teknikal serta sokongan berkaitan pembangunan sektor akuakultur.

Menurut kenyataan JPLS, selain taklimat, sesi itu turut menjadi platform interaksi antara JPLS dengan orang ramai untuk mendapatkan penjelasan secara langsung mengenai syarat dan tatacara permohonan bantuan.

“Peserta turut berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan khidmat sokongan teknikal serta pelbagai inisiatif pembangunan sektor akuakultur di Sarawak.

“Penganjuran sesi berkenaan diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peluang dan kemudahan yang disediakan JPLS, selain menggalakkan lebih ramai pengusaha memanfaatkan bantuan serta khidmat sokongan bagi mengembangkan sektor akuakultur negeri,” kata kenyataan itu.-TVS

Read Entire Article