ADVERTISE HERE
KUCHING, 28 Sept: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menyita sebuah kenderaan mewah selepas didapati digunakan di jalan raya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh.
Tindakan itu dilakukan Unit Operasi JPJ Kuching menerusi Ops Luxury dalam rondaan dan pemantauan di sekitar bandar raya Kuching semalam.
Kenderaan berkenaan ditahan di Jalan Kuching City Mall untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut kenyataan JPJ Sarawak, hasil pemeriksaan mendapati LKM kenderaan tersebut telah tamat tempoh, menyebabkan tindakan penyitaan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
“JPJ Sarawak mengingatkan pemilik dan pengguna kenderaan supaya memastikan LKM serta perlindungan insurans sentiasa sah sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya.
“Kegagalan mematuhi perkara itu boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil,” kata kenyataan itu.
JPJ Sarawak berkata rondaan, pemantauan dan operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan semua pengguna jalan raya.-TVS

1 day ago
9








English (US) ·