Kerajaan persekutuan bertekad angkat martabat semua negeri - PM

3 months ago 23
ADVERTISE HERE

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan bertekad untuk mengangkat martabat semua negeri terutama di kawasan pedalaman, terpencil dan miskin bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menzahirkan kepercayaan dan keyakinan bahawa komitmen itu mampu dicapai dengan adanya permuafakatan, perbincangan serta amalan kerja berpasukan antara pemimpin Persekutuan dengan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri berkata tiada negeri yang tidak mempunyai sebarang masalah namun segala keluhan rakyat perlu didengar bagi memastikan apa sahaja keperluan penduduk berjaya dipenuhi.

“Kalau mahu Malaysia ini berjaya siapa sahaja jadi Perdana Menteri, siapa sahaja jadi Menteri, siapa sahaja jadi pemimpin, mesti memimpin seluruh rakyat dan bangsa Malaysia,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2024 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka di sini malam ini.

Sambutan itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Read Entire Article