ADVERTISE HERE
Oleh DayakDaily Team
KUCHING, 2 Sept: Kerja-kerja naik taraf dan pendawaian elektrik baharu di Rumah Richard Engking di Kapit sudah siap dilaksanakan.
Menurut Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, kemudahan itu memberi jaminan keselamatan kepada penduduk rumah panjang.
Kata Nanta yang juga MP Kapit, peruntukan bagi kerja-kerja naik taraf yang berjumlah RM1.3 juta telah diluluskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada tahun lalu.
“Semalam, alang-alang berada di Kapit, saya ronda-ronda keliling kampung dan singgah di rumah panjang ini.
“Memang banyak perubahan yang telah berjaya dilaksanakan.
“Antara yang menarik perhatian saya adalah pembinaan ‘tanju’ iaitu serambi atau beranda terbuka yang dibina menggunakan konkrit bagi menggantikan tanju kayu yang reput,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.
Tambah Nanta, dengan adanya tanju konkrit, anak-anak di rumah panjang ini boleh berlari dan bermain dengan bebas.
“Inilah pemandangan yang amat menyenangkan hati saya,” ujarnya. — DayakDaily