Aaron ketika ditemui di di Program Negarawan Terbilang Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah anak Barieng di Bangunan Dayak Cultural Foundation pada 9 Sep, 2024.

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 9 Sep: Pentafsiran semula korikulum sejarah Malaysia akan dilaksanakan, kata Menteri Perpaduan Negara Dato Aaron Ago Dagang.

Menurut beliau, Konvensyen Sejarah Malaysia yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 19 September ini akan melihat perkara tersebut dengan lebih menyeluruh.

Advertisement

“Kita akan melihat semula keperluan pentafsiran ini dan sebab itu pengisian konvensyen sangat penting.

“Ada isu yang perlu diberi penekanan dalam korikulum sejarah dan saya bersetuju dengan pendapat beberapa pakar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Negarawan Terbilang Tun Datuk Patinggi Temenggung Jugah anak Barieng di Bangunan Dayak Cultural Foundation hari ini.

Program telah dirasmikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Nanta, Uggah dan Aaron menyaksikan galeri Negarawan Terbilang di Bangunan Dayak Cultural Foundation pada 9 Sep, 2024.

Dalam pada itu, Aaron juga memaklumkan pihak kementerian akan turut meneliti sejarah etnik-etnik Sarawak.

Katanya, isu tersebut sudah dalam kajian pihak kementerian sebegitu lama tapi masih tiada penyelesaian.

Hadir sama Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi. — DayakDaily