Wee melakukan tinjauan ke Kuching Natural Farmer's Market.

Advertisement

KUCHING, 7 Sep: Kuching Natural Farmer’s Market kini semakin popular di kalangan warga Bandaraya Kuching.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng berkata, jualan bulanan tersebut menyediakan pelbagai sayuran dan buahan sihat kepada pelanggan.

“Ada 100 penjual makanan sihat dan produk tumbuhan berdaftar di market ini.

Advertisement

“Jumlah ini berkembang empat kali ganda sejak ia diperkenalkan pada November 2022.

“Market menarik minat beratus orang yang mahukan makanan sihat dan produk baharu setiap bulan,” katanya.

Wee berkata demikian dalam ucapan perasmian “The 2nd Korean & JADAM Nature Farming Workshop’ di MBKS hari ini.

Tambah beliau, produk ‘nature farming’ yang dijual di kawasan letak kereta MBKS adalah hasil usaha pekebun kecil sekitar Kuching.

Paling penting katanya, ia menggunakan kaedah pengeluaran makanan organik secara semulajadi.

“Di market ini, kita membawa pekebun terus ke pengguna, ia tidak melibatkan orang tengah.

“Oleh itu, harga sayuran dan buahan sihat ini adalah berpatutan dan bersesuaian dengan visi bandar pintar Kuching,” kata Wee. — DayakDaily