Lelaki maut, tiga cedera Toyota Vios terbabas

1 day ago 10
ADVERTISE HERE

SERIAN, 28 Sept: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah Toyota Vios di Kampung Sabal Tapang, Jalan Sri Aman-Kuching malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.50 malam itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Derick Kiew Chee Fan, 24, manakala tiga mangsa lain terdiri daripada seorang wanita berusia 23 tahun, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan seorang lelaki dewasa.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kenderaan terbabit dipercayai terbabas ke tepi parit jalan.

“Kesemua mangsa tidak tersepit dan telah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi pada jam 10.47 malam.

“Pasukan EMRS Bomba kemudian membawa mangsa wanita dan kanak-kanak perempuan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala mangsa lelaki dewasa turut dibawa ke hospital oleh pihak KKM,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi disahkan terkawal pada jam 11.25 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.10 tengah malam selepas tiada tindakan lanjut diperlukan.-TVS

Read Entire Article