MA63: Pemberian khas interim Sabah, Sarawak Dinaikkan kepada RM600 juta - TPM

4 months ago 37
ADVERTISE HERE

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan kadar pemberian khas interim untuk Sabah dan Sarawak daripada RM300 juta kepada RM600 juta mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkara perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang berlangsung lebih dua jam dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, berkata walaupun kadar itu disemak setiap lima tahun tetapi Perdana Menteri telah memutuskan untuk menaikkan pemberian khas berkenaan lebih awal.

“Tahun lepas telah diumumkan sebanyak RM300 juta untuk setiap negeri. Tadi (dalam mesyuarat MTPMA63) Perdana Menteri memutuskan untuk menaikkan kadar interim ini daripada RM300 juta kepada RM600 juta untuk setiap negeri (Sabah dan Sarawak). Maknanya sekali ganda kenaikan.

“Ini akan bermula pada tahun 2025. Sepatutnya ia diumumkan sewaktu Bajet tetapi Perdana Menteri mengumumkkan dalam mesyuarat kali ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Read Entire Article