Mr Malaysia 2026: Dua anak Saribas wakili Sarawak

2 days ago 12
ADVERTISE HERE

BETONG, 27 Sept: Dua anak jati kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas, Zaini Sidi dan Abdul Wahab Jimi bakal membawa cabaran Sarawak pada Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 (Mr Malaysia 2026).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, kedua-dua atlet berkenaan merupakan antara wakil dari Saribas yang aktif menyertai pertandingan bina badan di peringkat negeri.

Menurutnya, penglibatan aktif atlet dari Saribas dalam kejohanan di peringkat negeri turut membuka peluang untuk mereka mengembangkan bakat ke tahap lebih tinggi.

“Dua atlet dari DUN Saribas, Zaini Sidi dan Abdul Wahab Jimi memang aktif menyertai pertandingan di peringkat negeri dan kini membawa cabaran ke peringkat kebangsaan,” katanya ketika menyampaikan sumbangan dana di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, penyertaan mereka di pentas kebangsaan itu membuktikan potensi atlet tempatan dalam bidang sukan bina badan.

Kejohanan Mr. Malaysia 2026 dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 5 Oktober di ABC Grand Ballroom, Urban Inn Alor Setar, Kedah.

Kejohanan berkenaan menghimpunkan atlet bina badan dari seluruh negara untuk bersaing dalam pelbagai kategori.-TVS

Read Entire Article