Netizen Persoal Ada Polisi Hotel Check In Kena Pukul 4 Petang - “Keterlaluan & Melampau”

1 month ago 26
ADVERTISE HERE

Sepatutnya pukul 3 petang dah boleh check in tu.

Cover image via @netnetwok (X) & Booking.com (Gambar sekadar hiasan)

Jika kita menginap di hotel, waktu masuk atau check-in telah ditetapkan oleh pihak hotel

Kebiasaannya, pelanggan dibenarkan memasuki bilik hotel pada pukul 3.00 petang dan perlu keluar sebelum jam 12.00 tengah hari.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang individu yang meluahkan rasa kecewanya kerana dia hanya dibenarkan check-in bilik hotel pada pukul 4.00 petang.

Kecewa pihak hotel lewatkan waktu check-in

Menerusi perkongsian di laman X, individu berkenaan mempersoalkan sesetengah hotel yang mengadakan polisi check-in hanya pada pukul 4.00 petang dan check-out pula sebelum pukul 11.00 pagi.

Malah, dia turut meminta agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk campur tangan dalam hal sebegini.

Tambahnya, banyak hotel-hotel di Malaysia tidak mengikut amalan yang sepatutnya seperti melewatkan waktu daftar masuk dan mempercepatkan waktu daftar keluar.

"Nak rakyat support Tourism Malaysia. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kena campur tangan isu check in-check out.

"Check in 4pm, check out 11am bagi saya melampau. Atau kita kempen boikot hotel yang buat polisi ini. Siapa setuju, apa pandangan?,"
tulisnya.

Harap pihak hotel ada penyelesaian segera mengenai perkara ini.

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read Entire Article