Noor Kalsum (tiga dari kanan) di majlis penyampaian pingat acara lontar peluru.

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 24 Sept: Atlet para olahraga wanita Sarawak Noor Kalsum Fadil rangkul emas Para Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dalam acara lontar peluru F12/F13.

Berlangsung di Stadium Sarawak hari ini, Noor Kalsum melakukan lontaran sejauh 5.61 meter.

Advertisement

Pingat perak dan gangsa pula masing-masing dimenangi atlet Nor Arinah Nor Asibal dari Johor dan Siti Zubaidah Puini (Sarawak).

Nor Arinah mencatatkan lontaran 5.60 meter, manakala Siti Zubaidah (5.57).

Majlis penyampaian pingat bagi cara tersebut telah disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah. — DayakDaily