ADVERTISE HERE
Notis pemberitahuan dari JKR Sarawak tentang pertukaran laluan di KM923 Jalan Miri-Bintulu pada 11 Sept 2024.Oleh DayakDaily Team
KUCHING, 9 Sep: Satu pertukaran laluan atau lencongan akan diwujudkan di KM923 Jalan Miri-Bintulu Lebuhraya Pan Borneo pada 11 Sept ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu notis pemberitahuan memaklumkan ia adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan jalan.
Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati semasa melalui kawasan lencongan iaitu berhampiran Loji LAKU Lambir/Penjara Miri. — DayakDaily




English (US) ·