Pesara jual kaki ayam goreng di Batu 3, tambah pencen bulanan

1 month ago 10
ADVERTISE HERE
Kaki ayam goreng Kak Yati rangup dan sedap.

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 1 Okt: Seorang wanita yang juga pesara kerajaan berusia awal 60-an memperoleh pendapatan tambahan dengan menjual kaki ayam goreng.

Mesra dengan panggilan Kak Yati, beliau berasal dari Tebedu dan merupakan tenaga pengajar di taska milik kerajaan sebelum bersara pada 2016.

Advertisement

Beroperasi di sebuah kopitiam di Central Park Commercial Centre di Batu 3 di sini, gerai Lok-Lok Kak Yati dibuka mulai jam 5 petang.

Kaki ayam goreng Kak Yati antara pilihan pelanggan, khususnya pengunjung pusat karaoke di sekitar kawasan komersial tersebut.

“Resepi kaki ayam ini saya tiru daripada sebuah kedai makai di Serian, ketika itu saya memerhatikan bagaimana pekerjanya memerap kaki ayam.

“Seterusnya saya mencuba di rumah dan ia sedap dan rangup.

“Setelah itu saya pun mula menjual kaki ayam ini sejak 2016 sehingga sekarang,” katanya.

Kak Yati sentiasa mesra melayan pelanggannya.

Menurut beliau, operasi gerai beliau selalunya berakhir sekitar jam 1 atau 2 pagi.

Kaki ayam goreng dijual dengan harga RM6 untuk 6 kaki.

Ujar Kak Yati lagi, kebiasaannya beliau menyediakan 10 kilogram kaki ayam untuk satu malam.

“Kebanyakan pelanggan kaki ayam saya adalah pengunjung beberapa pusat karaoke yang berdekatan.

“Mungkin ia sesuai dimakan bersama minuman mereka, dan 10 kilogram ini boleh laku satu malam,” ujar Kak Yati.

Selain kaki ayam, gerai Lok-Lok Kak Yati juga menjual burung puyuh, tauhu, bebola ikan, hotdog, badal dan buntut ayam termasuk pisang goreng. — DayakDaily

Antara makanan lain di gerai Lok-Lok Kak Yati.
Read Entire Article