ADVERTISE HERE
SPAOH, 26 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abamg Johari Tun Openg hari ini menyaksikan pendaratan percubaan pesawat Beechcraft B300 King Air 350i milik Hornbill Skyways di STOLport Bebuling.
Pesawat tersebut tiba kira-kira jam 4.15 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).
Sebelum ini pendaratan percubaan di STOLport berlangsung pada 18 September lepas.
STOLport Bebuling mula dibina pada 18 Mac 2021 dan siap sepenuhnya 18 Julai lepas.
Landasan di STOLport Bebuling sesuai untuk pendaratan pesawat seperti DHC 6 Twin Otter, Cessna 208 (Caravan), Beechcraft King Air 350i, Cessna 408 (Sky Courier) dan Eurocopter EC225.
Operasi di STOLport Bebuling dijangka bermula untuk penerbangan pada suku kedua tahun depan.
Terdahulu, Premier Sarawak melawat Bebuling Agropark dan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Spaoh.-TVS

10 hours ago
8








English (US) ·