ADVERTISE HERE
KUCHING, 15 Sept: Pejabat Penerangan Daerah Kuching dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2 menganjurkan Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta meningkatkan penghayatan terhadap erti kemerdekaan dan pembentukan Malaysia dalam kalangan warga sekolah.
Program berkenaan turut menjadi wadah untuk mendekatkan Jabatan Penerangan Malaysia dengan komuniti khususnya golongan pelajar, selain menyampaikan mesej kenegaraan dan kepentingan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sepanjang program bagi memberi peluang kepada pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Program turut menekankan kepentingan Rukun Negara, perpaduan, keharmonian serta kecintaan terhadap tanah air sebagai asas dalam membentuk generasi muda yang mempunyai jati diri dan rasa tanggungjawab terhadap negara.
Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Padawan, Sharifah Idawati Wan Ahmad berkata, penganjuran program seperti itu diharap dapat terus diperkasakan pada masa akan datang bagi memastikan semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah.
Program turut dimulakan dengan ceramah berkaitan buli yang disampaikan Pegawai Risikan/Operasi Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, Inspektor Mohamad Azlan Abu Bakar.
Penganjuran program berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat patriotik, sekali gus menjadi platform bermakna dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Turut hadir Pegawai Daerah Kuching Zaidi Sharkawi dan Pegawai Penerangan Daerah Kuching, Pauline Sating.-TVS

1 day ago
13








English (US) ·