Remaja lelaki 17 tahun hilang di MJC

2 days ago 12
ADVERTISE HERE

KUCHING, 27 Sept: Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan MJC, Jalan Batu Kawa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata, laporan kehilangan remaja berkenaan diterima Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan kira-kira jam 10.26 pagi semalam.

“Remaja berkenaan dikenali sebagai Qayyum Mustaqim Abdullah dan berusia 17 tahun.Qayyum dilaporkan hilang pada 23 September 2026 kira-kira jam 12.30 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ketika kali terakhir dilihat, dia memakai baju berwarna hitam dan seluar berwarna hitam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, Sjn Wan Muhamad Mazlan di talian 019-4619994.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis berdekatan.-TVS

Read Entire Article