Sarawak bayar insentif pingat Sukma pada 14 Sept depan — Abdul Karim

2 months ago 19
ADVERTISE HERE
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 26 Ogos: Pembayaran insentif kepada pemenang pingat Kontinjen Sarawak pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 akan diadakan pada 14 Sept depan.

Menurut Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, ia bakal disampaikan dalam satu majlis penghargaan di Kuching.

Advertisement

“Saya dapat makluman malam tadi, Premier Sarawak mahu majlis apresiasi diadakan secepat mungkin.

“Tetapi beliau (Premier) dalam masa terdekat ini sangat sibuk, beliau ada ‘trip’ ke Australia.

“Kita ada tarikh 14 September sahaja dan saya telah arahkan untuk persiapan dibuat,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini mengumumkan pemenang pingat emas akan menerima insentif sejumlah RM15,000, pingat perak RM5,000 dan gangsa pula RM3,000.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, kerajaan Sarawak akan menambah insentif itu kerana ada pasukan yang dianggotai 12 atlet hanya mendapat beratus ringgit seorang jika mendapat pingat perak.

Katanya, ia adalah berdasarkan formula 3:2:1 iaitu bagi pemenang emas berpasukan tidak boleh menerima kurang RM3,000 seorang, pingat perak tidak kurang RM2,000 dan gangsa tidak kurang RM1,000 seorang.

“Sebagai contoh pemenang perak acara berpasukan yang mendapat RM5,000 dan ada 12 atlet.

“Setelah dibahagi atlet-atlet ini hanya menerima beratus ringgit seorang, maka kerajaan Negeri akan menambah agar setiap seorang menerima RM2,000.

“Bagi pemenang emas acara berpasangan kiraannya mudah, setiap seorang mendapat RM7,500 dan kerajaan tidak perlu menambah,” kata Abdul Karim. — DayakDaily

Read Entire Article