Sukma 2024: Cassandra tamatkan penantian 30 tahun, Sarawak juara keseluruhan

3 months ago 21
ADVERTISE HERE
Cassandra tamatkan penantian 30 tahun Sarawak. Foto: UKAS

Advertisement

KUCHING, 24 Ogos: Pemenang pingat emas ke-76 yang merupakan pingat mengesahkan Sarawak sebagai juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2024 berasa gembira dapat membantu Sarawak.

Cassandra Lavigne Shelden, 21, yang merupakan bekas pelajar Kuching High berkata, beliau telah memberikan yang terbaik dalam acara gimnastik artistik senam lantai.

“Bangga dan gembiralah kerana berjaya mendapat pingat emas.

Advertisement

“Saya juga berasa gembira kerana dapat membantu Sarawak muncul juara keseluruhan,” katanya ketika ditemui di Pusat Persidangan Serian sebentar tadi.

Berbangsa Iban dengan bapa berasal dari Saratok dan ibu dari Balai Ringin, Sukma kali ini adalah penampilan terakhir Cassandra.

Penampilan pertama beliau adalah pada tahun 2016 dan ketika itu berjaya meraih emas dalam acara berpasukan gymnastik.

Cassandra juga meraih emas dalam acara yang sama pada Sukma 2018.

“Ini adalah pingat emas pertama saya dalam acara individu,” katanya.

Sarawak mengharungi detik penuh mendebarkan sebelum menamatkan penantian selama 30 tahun untuk muncul juara keseluruhan Sukma 2024, hari ini.

Kontinjen tuan rumah mencapai sasaran muncul juara selepas mengutip 76 pingat emas, 54 perak dan 68 gangsa.

Sarawak hanya mengatasi Wilayah Persekutuan yang berada di kedudukan kedua dengan perbezaan satu emas.

Wilayah Persekutuan mengutip keseluruhan 75 emas, 65 perak, 72 gangsa. — DayakDaily

Read Entire Article