ADVERTISE HERE
SHAH ALAM, 16 Sept: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru seluruh rakyat supaya terus memperkukuh perpaduan dan menghargai keamanan serta keharmonian yang dikecapi negara sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.
Baginda turut menyeru rakyat menyuburkan semangat toleransi dan sikap saling menghormati tanpa mengira kaum, agama dan budaya.
“Baginda sentiasa mendoakan agar semangat kebersamaan ini terus menjadi pegangan rakyat jelata dalam memelihara kesejahteraan negara agar Malaysia kekal aman, makmur dan bersatu padu untuk generasi kini serta akan datang,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini.
Sultan Selangor bertitah sambutan pada 16 Sept setiap tahun adalah peringatan terhadap detik bersejarah pembentukan Malaysia.
“Baginda berharap agar tarikh penuh bermakna ini sentiasa dikenang sebagai lambang perpaduan nasional yang menyatukan seluruh rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara yang berdaulat,” menurut hantaran itu.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Selamat Hari Malaysia, Malaysia!” menurut hantaran itu. -TVS.

1 hour ago
4








English (US) ·