Tinggalkan pekerjaan nelayan demi sukan, anak kelahiran Kampung Bako raih pingat emas

1 month ago 15
ADVERTISE HERE
Mohd Farissan ditemui di Stadium Sarawak.

Advertisement

KUCHING, 24 Sept: Tinggalkan pekerjaan sebagai nelayan, Mohd Farissan Jasnal terus berjaya sebagai atlet para Sarawak.

Anak kelahiran Kampung Bako berusia 34 tahun ini sekali lagi meraih pingat emas pada Para Sukma 2024.

Mohd Farissan sebentar tadi melakukan lompatan sejauh 5.34 meter bagi ketegori T38, sekaligus mengesahkan pingat emas buat Sarawak.

Advertisement

“Sekarang dah dapat pingat emas, sebelum ini pun banyak dapat pingat emas, jadi saya jadi atlet sajalah.

“Kerajaan Sarawak pun memandang atlet para dan kami diberi elaun tiap-tiap bulan maka bolehlah kita keluar dari nelayan.

“Jadi saya fokuslah, mungkin boleh tambah dua atau tiga emas pada para Sukma akan datang,” kata Mohd Farissan.

Pada Para Sukma 2024 ini, beliau juga akan bertanding dalam acara trek 200 meter dan 4 x 100 meter.

Mohd Farissan (kanan) raih emas acara lompat jauh T38.

Mohd Farrisan juga pernah meraih pingat emas dalam Sukan Para Asian yang diadakan di Myanmar pada 2013 menerusi acara kegemarannya, lompat jauh T38.

“Dengan kejayaan ini membakar semangat, selesai sahaja para Sukma ini saya akan terus menjalani latihan sehingga para Sukma yang akan datang.

“Sasaran saya adalah untuk menambah koleksi pingat emas,” ujar Mohd Farissan.

Dalam acara lompat jauh T38, pingat perak dimenangi peserta Selangor Adray Uzair Abu Bakar dengan lompatan 5.12 meter.

Manakala pingat gangsa dimenangi atlet Sabah Mohd Nizamuddin Matahir dengan catatan 4.47 meter. — DayakDaily

Read Entire Article