[VIDEO] Bayi Terkapai Muka Tertekup Bantal, Pengasuh Ralit Main Phone Tak Tengok Belakang

2 months ago 28
ADVERTISE HERE

Sesak nafas tengok baby tu, kesian dia.

Cover image via @zal_suhaim (TikTok)

Baru-baru ini, tular mengenai seorang pengasuh sibuk bermain telefon sehingga tidak sedar bayi yang dijaganya tertekup bantal dan terkapai-kapai meminta pertolongan

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsi oleh ayah kepada bayi tersebut di TikTok, kelihatan anaknya terkapai-kapai lebih 20 saat kerana mukanya tertekup bantal.

Apa yang mendatangkan kemarahan ramai adalah apabila pengasuh yang berada dekat dengannya tidak menoleh ke tepi, malah sibuk bermain telefon.

Lebih geram lagi apabila pengasuh terbabit masih tidak menghiraukan keadaan bayi itu walaupun bantal sudah terlepas dari mukanya. Difahamkan, pusat jagaan kanak-kanak itu berada di Besut, Terengganu.

"Slumber jer kau main fon, nasib panjang umur anak aku," kata ayahnya.

Susulan insiden itu, bapa bayi tersebut membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Bawak baby fateh ke Hospital Besut untuk pemeriksaan ditemani IO kes, semoga peroleh keadilan," katanya.

Harap pengasuh tersebut dikenakan tindakan!

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read Entire Article