Video klip baharu ‘Biar Berkikis Bulu Betis’ nyanyian Rickie Andrewson tunggu kelulusan bapa – Rickie

5 months ago 67
ADVERTISE HERE
Andenson (kiri) dan Rickie (tengah) membuat penjelasan berhubung klip video terbaharu lagu 'Biar Berkikis Bulu Betis'.

KUCHING, 7 Mei: Video klip terbaharu lagu ‘Biar Berkikis Bulu Betis’ nyanyian Rickie Andrewson hanya akan dimuat naik ke platform media sosial setelah isu hak milik diselesaikan dengan bapanya, Penghulu Andrewson Ngalai.

Menurut Rickie, syarikat pengeluar Bmas Holding Sdn Bhd sudah berbincang dengan bapanya dan diharap isu dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kita dah bincang sebelum kita buat projek ini, saya dengan bapa tiada masalah, dia setuju dan kata ok untuk projek ini.

“Mungkin disebabkan video klip lain dengan lagu yang sama, kebetulan sudah dimuat naik, mungkin bapa mahu berhati hati.

“Bila ada satu syarikat keluarkan video, kita kena tempias. Kita akan selesai dengan bapa saya secepat mungkin,” kata Rickie pada sidang media di Kuching hari ini.

Sementara itu Pengerusi Eksekutif BMAS Holding Sdn Bhd Andenson Dato berkata, pihaknya akan menyimpan dahulu klip video tersebut yang mana pengambaran dilakukan di 5 lokasi.

Katanya, secara keseluruhan lebih 100 orang terlibat di lokasi di Miri, Bintulu, Rumah Panjang Pengulu Andrewson Ngalai dan di 2 lokasi di Sekuau.

“Saya harap klip video ini bila dilancarkan, ia akan seperti video asal yang mencecah tontonan 12 juta.

“Tapi video ini kita belum muat naik lagi sehingga isu ini diselesaikan,” kata Andenson.

Sementara itu, Penghulu Andrewson pada Jumaat lalu membuat laporan polis berhubung isu sebuah syarikat mengeluarkan versi klip video lagu ‘Berkikis Bulu Betis’ di Balai Polis Stapang, Sibu.

Dalam laporan polis, beliau mendakwa bahawa lagunya telah diciplak dan syarikat hiburan itu tidak pernah meminta kebenaran daripadanya untuk menggunakan lagu tersebut (‘Berkikis Bulu Betis’).

Justeru, beliau menuntut syarikat berkenaan memadamkan apa sahaja bentuk rakaman dan rakaman semula lagu tersebut yang disiarkan di dalam media sosial atau berdepan risiko tindakan undang-undang. — DayakDaily

Read Entire Article