Tahniah dik, rezeki tak salah alamat.
Cover image via Utusan Sarawak & Perodua (Gambar sekadar hiasan)
Rezeki, jodoh dan kematian semuanya sudah ditentukan oleh Tuhan buat kita
Rezeki juga boleh datang dalam pelbagai cara tidak mengira tempat dan masa. Jika ia ditakdirkan untuk kita, maka ia memang milik kita.
Seperti tuah yang berpihak kepada budak perempuan yang berumur lima tahun ini apabila dia memenangi cabutan bertuah sebuah kereta.
Menang hadiah kereta Perodua Aruz lepas masuk cabutan bertuah SUKMA Sarawak
Menerusi perkongsian Facebook Pisza Kawi, wanita itu meluahkan rasa syukurnya selepas anak perempuannya yang bernama Ainul Mardhiah memenangi cabutan bertuah sempena SUKMA Sarawak.
Difahamkan, adik Ainul telah memenangi sebuah kereta Perodua Aruz. Malah, tuah anaknya ini bagai mengerti, bahawa keluarganya ini sangat memerlukan sebuah kereta bagi memudahkan aktiviti harian mereka.
Menerusi Utusan Sarawak, ketika mendengar nama puterinya disebut, bapanya,Hirizuan Solhi bagai berada dalam mimpi dan seakan tidak percaya apa yang sedang berlaku.
"Saya setiap hari ulang alik dari Kuching ke Serian untuk bekerja, dengan ada kereta ini nanti, bolehlah isteri saya menggunakannya untuk mengambil anak-anak balik dari sekolah.
"Kami hanya memiliki sebuah kereta, iaitu Perodua Myvi, dengan memenangi kereta ini nanti ia akan banyak membantu kami sekeluarga dalam pelbagai aspek, tambahan lagi kereta yang dimenangi ini memiliki tujuh tempat duduk," katanya.
Tahniah buat adik Ainul, rezeki memang tak salah alamat :D
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik: