Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini

2 hours ago 4
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan lokasi yang dinaiki air ialah Jalan Parlimen berhadapan Bank Rakyat, Jalan Sultan, Jalan Pudu berdekatan Hospital Tung Shin dan Jalan Kuching di bawah Bulatan Segambut.

Kenyataan itu memaklumkan petugas DBKL telah bersiap sedia di lokasi terbabit bagi mengawal lalu lintas dan membantu penyelamatan sekiranya diperlukan.

“Seramai 120 petugas DBKL bersiap sedia di lapangan melibatkan flying squad dan pasukan kecemasan, skuad penyelamat, warden trafik serta pasukan tunda.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan elakkan daripada melalui jalan yang dinaiki air dan sentiasa merujuk kepada ramalan kaji cuaca sebelum memulakan perjalanan,” menurut kenyataan itu.

Read Entire Article