ADVERTISE HERE
BAU, 17 Sept: Empat lelaki berusia antara 23 hingga 33 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam operasi di sekitar Siniawan dan Kampung Peninju Baru, Bau, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, operasi berkenaan dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau antara jam 8 pagi hingga 10 pagi.
“Kesemua suspek menjalani ujian saringan awal air kencing selepas ditahan.Hasil ujian mendapati kesemua empat suspek positif dadah.
“Mereka kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan terhadap sebarang penglibatan dalam penyalahgunaan dadah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah boleh menyalurkannya menerusi Hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211. -TVS

56 minutes ago
6








English (US) ·