Lydia Liong-Hui Yii Soo meraih perak di Sukma 2024.

Advertisement

KUCHING, 23 Ogos: Pasangan beregu tenis wanita Sarawak Lydia Liong-Hui Yii Soo meraih perak di Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Dalam aksi final di Kompleks SLTA sebentar tadi, Hui Yii-Lydia tumpas kepada pasangan Selangor Sharifah Elsa Wan-Jo Leen Saw dengan skor 4-6, 4-6.

Manakala pingat gangsa juga milik Selangor menerusi gandingan Mak Zooey-Chloe Chong.

Advertisement

Sementara itu, Sharifah Elsa yang berasal dari Sarawak turut memenangi emas acara tenis perseorangan wanita bagi Selangor.

Pada perlawanan akhir semalam, Sharifah Elsa yang berumur 20 tahun menewaskan Shihomi Leong dari Perak dengan skor 6-1,6-1.

Manakala bagi perseorangan lelaki individu, Mitsuki Leong meraih emas setelah- mengalahkan Daniel Prockett 6-1,6-4. — DayakDaily