JPJ Sarawak dekatkan perkhidmatan hingga ke depan pintu rumah

1 hour ago 7
ADVERTISE HERE

KUCHING, 18 Sept: Kekangan kesihatan tidak menghalang tiga pemilik kenderaan menyelesaikan urusan pertukaran hak milik apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak membawa perkhidmatan pengesahan cap jari terus ke kediaman mereka, semalam.

Wakil Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Sarawak, Mohamad Faizillah Bahro bersama Ahmad Syafiq Ahmad Tajiddin hadir ke kediaman tiga pemilik kenderaan bagi urusan pengesahan cap jari untuk tujuan pertukaran hak milik kenderaan.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, perkhidmatan berkenaan diberikan susulan permohonan pemilik berdaftar yang tidak dapat hadir ke kaunter JPJ kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Langkah itu membolehkan urusan berkaitan kenderaan diselesaikan tanpa mengharuskan pemilik berkenaan hadir sendiri ke pejabat JPJ.

“JPJ Sarawak memaklumkan pendekatan berkenaan mencerminkan komitmen jabatan untuk memastikan perkhidmatan awam dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berdepan kekangan kesihatan,” kata kenyataan itu.

JPJ Sarawak turut menegaskan usaha berterusan untuk menyediakan perkhidmatan yang mudah, mesra, berintegriti dan prihatin kepada masyarakat.

Pendekatan itu juga diharap dapat membantu memudahkan urusan rakyat, khususnya mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam mendapatkan perkhidmatan kerajaan. – TVS

Read Entire Article