Kelajuan capaian internet di BCCK dinaik taraf sempena Sambutan Hari Malaysia

1 hour ago 4
ADVERTISE HERE

KUCHING, 16 Sept: Kementerian Komunikasi memberi jaminan capaian internet di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) berada pada tahap optimum bagi menampung kira-kira 5,000 pengunjung pada malam kemuncak Sambutan Hari Malaysia 2026.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama syarikat telekomunikasi terbabit memulakan persiapan di lokasi berkenaan sejak Ahad lalu bagi memastikan kelancaran infrastruktur rangkaian.

“Bagi memastikan setiap tetamu dan petugas media yang hadir pada malam ini dapat menikmati capaian internet yang pantas, beberapa langkah penambahbaikan sementara dilaksanakan.

“Ini termasuk penyediaan fasiliti capaian (Access Point) di dalam dewan serta penempatan kenderaan Cell on Wheels (COW).

“Malah, Telekom Malaysia (TM) turut menaik taraf kelajuan internet daripada perancangan awal 800 Megabit sesaat (Mbps) kepada 2 Gigabit sesaat (Gbps),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tinjauan ke Pusat Operasi Rangkaian (NOC) di BCCK, hari ini.

Sesi tinjauan itu turut dihadiri pengurusan tertinggi MCMC, termasuk Pengarah MCMC Sarawak.

Dalam pada itu, Nie Ching merakamkan penghargaan kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi termasuk TM, CelcomDigi, Maxis, U Mobile, XOX dan Digital Nasional Berhad (DNB) atas kerjasama memastikan kelancaran liputan sepanjang majlis berkenaan.

Mengenai pemantauan kandungan media sosial, beliau berkata MCMC sentiasa berwaspada terhadap penyebaran isu sensitif sepanjang sambutan berkenaan.

“MCMC juga bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau dan menangani sebarang hantaran berunsur 3R iaitu agama, institusi diraja dan kaum di platform media sosial demi menjaga ketenteraman serta keharmonian sepanjang sambutan ini,” katanya.

Read Entire Article