Kontraktor bertanggungjawab perlu menyiapkan projek kerajaan dengan baik – tpm Fadillah Yusof

4 months ago 60
ADVERTISE HERE

KUCHING: Kontraktor yang menerima projek kerajaan dinasihatkan supaya melaksanakan tangungjawab yang diamanahkan dengan baik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata kontraktor itu juga perlu menandatangan ikrar bagi memastikan projek tersebut siap dalam tempoh yang telah ditentukan serta mengikut spesifikasi, standard dan bajet ditetapkan.

“Kalau saya selalu turun padang bermakna projek itu bermasalah, jadi jaga-jagalah kontraktor itu, kalau bagus kita sokong sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembaga Sungai Bersepadu Sungai Sarawak (Pakej Tiga), Rancangan Tembatan Banjir di Sungai Gersik dan Sungai Sinjan serta mendalamkan dan melebarkan Sungai Minjap di Matang di sini, hari ini.

Fadillah berkata untuk pelaksanaan ketiga-tiga pakej itu, PETRA telah meluluskan sejumlah RM191 juta dan keseluruhan projek dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei 2026.

“Kerajaan Persekutuan yakin apabila keseluruhan projek PLSB Sungai Sarawak yang melibatkan tiga pakej ini siap, ia akan dapat mengatasi masalah banjir kilat di kawasan sekitar bandar raya Kuching. Projek ini akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk sekitar dan dianggarkan seluas 117 hektar akan dapat dilindungi daripada risiko bencana banjir,” katanya.

Read Entire Article