ADVERTISE HERE
KAPIT, 16 Sept: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kapit menahan sebuah lori balak selepas mendapati beberapa kesalahan ketika pemeriksaan di Jalan Kapit–Mujong, semalam.
Tindakan itu dibuat menerusi Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) yang dijalankan secara berterusan di kawasan berkenaan.
Menurut kenyataan JPJ Sarawak, lori berkenaan ditahan untuk pemeriksaan selepas dikesan ketika rondaan dan pemantauan sebelum beberapa kesalahan dikenal pasti.
“Antara kesalahan yang dikesan ialah membawa muatan secara berbahaya, bunga tayar yang telah menipis serta beberapa kesalahan teknikal lain.
“Dalam operasi sama, JPJ Kapit turut menahan sebuah kenderaan yang dipandu warga asing tanpa lesen memandu yang sah,” menurut kenyataan itu.
Semua kesalahan yang dikesan telah diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
JPJ Sarawak mengingatkan pemilik dan pengusaha kenderaan perdagangan supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta selamat sebelum digunakan di jalan raya.
Penguatkuasaan dan pemantauan akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang serta menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.-TVS

52 minutes ago
4








English (US) ·