Masyarakat rumah panjang tidak akan dipinggirkan

1 hour ago 6
ADVERTISE HERE

SARIKEI, 1 Okt: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan kesejahteraan masyarakat rumah panjang agar mereka itu tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Beliau berkata, aspek pembangunan dan kebajikan penduduk rumah panjang sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam memastikan mereka menikmati kemudahan asas yang selesa, sempurna dan memenuhi keperluan kehidupan seharian.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat, pelbagai bentuk bantuan dan peruntukan telah disalurkan secara berterusan termasuk bagi kerja pembinaan, penyelenggaraan dan baik pulih rumah panjang.

“Selagi saya diberikan ruang dan kesempatan untuk berkhidmat, saya akan terus turun padang, mendengar suara rakyat, memperjuangkan pembangunan Sarikei serta menjaga kebajikan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Masih banyak yang perlu kita lakukan, pembangunan yang perlu diteruskan dan keperluan rakyat yang perlu kita perjuangkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Sentral Sarikei, malam tadi.

Huang Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, bantuan kepada komuniti rumah panjang bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan fizikal, malah turut merangkumi penyediaan kelengkapan untuk kegunaan bersama.

Katanya, antara kelengkapan yang disalurkan termasuk langsir, tikar, kerusi, meja serta pelbagai peralatan lain bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan penduduk.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha memperkukuh kemudahan awam di kawasan rumah panjang turut dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Majlis Daerah Sarikei (MDS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) serta agensi kerajaan berkaitan.

Menurutnya, kerjasama antara agensi berkenaan membolehkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan berdasarkan keperluan setempat termasuk menaik taraf jalan raya, jambatan, sistem perparitan dan kemudahan infrastruktur lain demi meningkatkan kesejahteraan penduduk.-TVS

Read Entire Article