Petros kawal selia pengagihan gas mulai 1 Oktober depan — Abang Johari

4 months ago 33
ADVERTISE HERE
Abang Johari (duduk tiga dari kanan) pada sidang media di Kuching. Foto: UKAS

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 28 Julai: Peranan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak dilanjutkan sehingga Oktober depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selepas Oktober, peranan itu akan diambil alih oleh PETROLEUM Sarawak Bhd (Petros).

Advertisement

“Memang mereka (PETRONAS) minta ditangguhkan daripada 1 Julai, dan kita memberi mereka tempoh 3 bulan sahaja.

“Ia mesti selesai dalam masa 3 bulan, jadi perbincangan masih ada.

“Maksudnya pada 1 Oktober depan, kita (Petros) akan menjalankan semua aktiviti kawal selia gas di Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selesai Upacara Menaikan Bendera Ibu Pertiwi di sini, hari ini.

Tambah beliau, pihak PETRONAS memohon diadakan perbincangan berhubung saluran gas kepada loji pemprosesan gas asli cecair (LNG).

Oleh itu kata Abang Johari, kita menghormati urusan tersebut selain kerajaan Sarawak juga memiliki saham dalam LNG.

“Inilah perbincangan diantara pihak Petros dengan Petronas, maksudnya sehingga 1 Oktober,” kata Abang Johari.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri bulan Mei lepas, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi memaklumkan, Petros dan PETRONAS bersetuju untuk menandatangani perjanjian definitif dengan PETRONAS mengambil maklum peranan Petros sebagai Pengagregat Gas Tunggal di bawah Ordinan Pengagihan Gas (Pindaan), 2023.

Oleh itu, bermula 1 Julai lepas, Petros sebagai Pengagregat Gas Tunggal akan membeli gas asli yang dihasilkan di Sarawak dari semua pengeluar gas huluan dan menjual gas tersebut kepada semua pembeli gas hiliran termasuk loji pemprosesan gas asli cecair (LNG) di Sarawak. — DayakDaily

Read Entire Article