ADVERTISE HERE
KUCHING, 16 Sept: Semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu akan beroperasi seperti biasa mulai esok, 17 September 2026.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melalui Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar (APIMS) setakat 7 pagi tadi.
“Keputusan turut mengambil kira laporan terkini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
“Bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang keadaan jerebu masih menjejaskan kesihatan mereka,” menurut kenyataan itu.
JPN Sarawak menjelaskan, ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.
Menurut kenyataan itu, aspek kebajikan, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa menjadi keutamaan, khususnya ketika berdepan cuaca panas atau keadaan cuaca luar jangka.
Sebarang perubahan atau maklumat terkini berkaitan operasi sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.-TVS

46 minutes ago
5








English (US) ·